Syarat & Peraturan


Berikut adalah syarat dan peraturan yang harus dipatuhi oleh penyewa apabila bersetuju untuk menyewa homestay kami ;





1. Tetamu adalah dari kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.

2. Setelah anda bersetuju menyewa homestay kami, tempahan hanya akan diterima (dan di sahkan atau confirm) setelah pelanggan membayar separuh dari kadar sewaan (iaitu sebagai deposit). Ini bertujuaan supaya tarikh tempahan homestay di tetapkan untuk pelanggan berkenaan bagi mengelak pertindihan tempahan.

3. Kunci akan diserahkan apabila bayaran penuh diterima secara tunai semasa check-in.

4. Resit akan diberikan dengan setiap pembayaran.

5. Waktu check in adalah pada pukul 3 petang.

6. Waktu check out adalah pada pukul 12 tengahari.

7. Tiada check-in daripada pukul 9 mlm – 9 pagi.

8. Kami memohon jasa baik dan keikhlasan penyewa untuk menjaga segala rumah dan segala kemudahan peralatan dengan baik seperti rumah sendiri. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera.

9. Haiwan peliharaan, minuman keras dan makanan yang tidak halal sama sekali tidak dibenarkan.

10. Penyewa tidak dibenarkan membawa masuk barangan yang dilarang mengikut undang-undang negara.

11. Penyewa hendaklah sentiasa menjaga ketenteraman jiran-jiran dan dilarang membuat bising. 

12. Barangan milik penyewa adalah menjadi tangungjawab penyewa dan kami tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan dan kehilangan.

13. Sekiranya pelanggan hendak membatalkan tempahan, sila maklumkan 2 minggu sebelum tarikh tempahan untuk mendapatkan wang deposit kembali.

14. Penyewa yang telah membayar deposit bermakna telah bersetuju dengan syarat & peraturan di atas. 
 

Untuk tempahan / maklumat lanjut sila hubungi ;

Anna 0197799676 




No comments:

Post a Comment